BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 14, 2010






fazreen & hazirah
wanita dan shopping sememangnya tidak boleh dipisahkan.. bercerita perihal diri sendiri..sy juga gemar shopim..kdg2,,time tense sy kua,,p window shopim pn da ok..tp biasa akn beli jgk bnda..haha..n pling bez ble shopim, dpt member yg 1 kpala,xksah pusim2 1 mall, msuk kuar kdai 2 kdai ni.. 2 yg bez sgt2..

Wednesday, April 7, 2010


For more widgets please visit www.yourminis.com

Monday, April 5, 2010

pendidikan seks di sekolah penghalang zina??


hari ini, kita bagaikan sudah kering air mata apabila membaca berita pembuangan bayi di dada2 akhbar n tv. Setiap hari ada sahaja berita bayi di buang di dalam tong sampah, kolam ikan dan sebagainya. Dimana kesedaran sivik masyarakat kita? Seolah-olah "golongan yang membuat onar" itu tidak lagi mempunyai sifat keperimanusiaan. Masakan sanggup bayi yang baru membuka mata melihat dunia itu diperlaku sedemikian rupa..Masya Allah..
Menurut Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, ada anak muda terutama gadis tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan dengan pelbagai implikasi jika meakukan hubungan intim.
Tapi saya kira pelajar sekarang sudah terlalu matang untuk perkara sedemikian. Zaman sudah berubah. Tambahan pula, pelajar tahun 1 sekarang pun sudah mula belajar subjek sains. Setakat nak menerangkan "hubungan" boleh membuat wanita hamil, rasanya tidak perlu diadakan subjek khas. Perkara ini sudah pun dijeaskan secara langsung dalam mata pelajaran sains yang diajarkan di sekolah. Semua itu sudah cukup memberi kefahaman kepada kita semua. Cuma mungkin ada yang tidak berfikiran jauh, tersasar untuk mencuba dan meneroka sesuatu yang baru, lalu "padah" menimpa. Alam remaja penuh godaan, terpulang kepada individu untuk mengatasi segalanya. Kalau sekadar ikutkan hawa nafsu, alamatnya "habislah"..
Kalau benar yang dihamilkan dan membuang bayi itu pelajar sekolah, pendidikan seks dalam kurikulum bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian bagi masalah ini. Apa yang perlu diberi perhatian ialah pendidikan agama islam atau pendidikan moral. Pelajaran agama Islam seharusnya tidak sekadar mengajar murid menghafal doa dsb tapi ia harus mempunyai perkara-perkara yang dapat membentuk insan mulia. Pengisian dan pendekatan ia perlu selaras dengan cabaran hari ini. Islam akan memahamkan manusia terhadap semua perkara termasuk seks....

Sunday, April 4, 2010

Saturday, March 20, 2010

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan
madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia
adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga
mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur,
fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum,
silica, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa ingin
hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.



CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya!



2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke
otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,
pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir
.



CARA MAKAN:

i) Menghadap kiblat.

ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)

iii) Baca doa penerang hati

iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula.
Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.

v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.



3) SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsure
semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap
dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat
diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis
vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum
dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah s.a.w.
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang
terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.



CARA MINUM:

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.

ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibaca oleh Rasulullah s.a.w.



4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan
makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur,
natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda
Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s. mengadu kepada Allah
(kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t. memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampong dan yang masih baru.



5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.



CARA MAKAN: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.



6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain
juga elok untuk dimakan.



7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan
hatinya selama 40 hari."



8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan
kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama
kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak
yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal
dari kebiasaannya.



9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu
diamalkan memakannya.



10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi
kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. memakan daging ayam
betina.




11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan hafazan.



12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.



13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang
mengandungi nilai protein yang tinggi.





14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.



15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.



17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.



18) BUNGA CENGKIH

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.



19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
bersabda, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal

by:

Koleksi resepi masakan dr Internet

menarik kn?


bez sgt lepak kat pantai ni..sunyi,tenang,xda org..huhu,,nyway..thanx 2 my bez rOomate a.k.a bedmate sbb bwk aku ke cni..uhu

Saturday, February 27, 2010

love diz moment so much..me n my beloved cousin..

Friday, February 26, 2010


i miss my gossip girls.. S2A2!!

Monday, February 22, 2010

tooodaaaayy

today,,>>bad daY<< size="5">pengkalan chepa..to see my prev skul, MJSC PC, i was like "hypnotized" with da building..haha..while i was driving, i keep my eyes towards my form 5 block..then..jeng2..when i "woke up" from my daydreaming'..my car was almost violated proton wira from opposite ..wheww!! i was really shocked..luckily i quickly cntrol da sterg and drive as usual..like a pOyo" person..tgk2,, aku smp kt kbmall ( about 20 min later) really crazy man!!

Sunday, February 21, 2010


Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts



im Too emotional? may be so, but maybe not! I have the right .. i really miss my beZfren .. huh! She has changed! a lot! sO SAd!! i wan hEr bacK!!

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Saturday, February 6, 2010

pembelajaran sepanjang hayat



Cabaran terbesar bagi negara kita pada hari ini adalah pembangunan modal insan dan anjakan minda serta daya berfikir masyarakat. Tambahan pula , rakyat merupakan aset negara yang paling bernilai. Pembangunan modal insan merupakan sesuatu yang perlu diambil berat untuk melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan dan melihat kemajuan negara. Persoalannya, bagaimanakah pendekatan yang wajar diambil dalam proses pembangunan modal insan? Dalam situasi ini, pendekatan secara holistik ( bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sitem bersepadu yang menyeluruh) dan penekanan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan perlu diambil kira.

Sistem pembelajaran sepanjang hayat perlu diambil perhatian oleh seluruh masyarakat agar kualiti hidup dapat ditingkatkan. Usaha ini juga secara tidak langsung bakal melahirkan masyarakat yang lebih berpengetahuan. Sistem ini mampu mengubah kehidupan masyarakat melahirkan masyarakat yang lebih kompetitif.

Sistem pendidikan sepanjang hayat ini sebenarnya merupakan suatu ruang terbuka kepada masyarakat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sistem ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu formal dan tidak formal. Program berbentuk formal adalah program yang ditawarkankan oleh institusi pendidika dan universiti serta kolej. Kebiasaannya program yang disajikan berbentuk sambilan contohnya diploma, ijazah pertama, sarjana sehinggalah doctor falsafah (PhD). Kalau pembelajaran tidak formal pula mungkin sesuatu program atau kursus yang dijalankan oleh badan-badan tertentu seperti NGO ataupun mana-mana syarikat. Peserta kebiasaannya akan diberikan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan melalui program yang telah dijalankan.

Wednesday, February 3, 2010

Team Bahas MRSM Jeli


Dulu, aku bagaikan seorang perenang yang sentiasa tenggelam timbul untuk menyelamatkan diri, menahan nafas untuk meneruskan hidup. Apabila aku ke mrsm jeli, aku bagaikan pesakit yang diajukan alat bantuan pernafasan. Kegagalan aku pada tahap pertama yang menyebabkan team dulu tersungkur di saat kami baru bercita-cita untuk menggapai impian, buat aku fobia! aku takut untuk terlibat lagi dengan dunia yang penuh luka itu. Aku memang benar aku bahagia saat melangkah ke UIA Gombak bersama team BI & BM MRSM Jeli. Tapi jauh di sudut hati, aku terfikir, macam mana nak perform?? aku still x confident dgn diri sdr..Keesokannya, sidang pertama kami.. Ahhhh!! ini sgt menguji aku, skop pada pagi itu skop POLITIK..Hanya Allah s.w.t yang mengerti perasaan aku tika itu. Aku sekeras-kerasnya menolak untuk jd speaker time 2, kn jd PM lak 2, Mustahil.. Bertuah kerana pria2 dr team aku sanggup mengalah. Mereka bertiga berjuang dan kalau x silap lwn MRSm Mersing, correct me if i'm wrong..hehe..Tp team kami kalah 1st sidang. Aku sedih sgt tgk team aku time 2. Time 2 tibe2 semangat utk berjuang bersama mekar. Aku rs bersalah sgt kalo aku dduk diam, lps tgn. lagi2 bile tgk muka ckgu syu , nmpak sedih.ku cuba berlagak tenang tika itu. Syukur, disana aku tserempak dgn senior ku a.k.a teammate aku dulu. dia yg bantu aku , explain ape patot aku buat as 1st speaker, PM & Ketua Pembangkang. Tq syawal for helping!! Aku lebih besemangat bila kitaorg menang utk 2nd sidang. Semangat kami pulih tika itu, terutama aku. aku lbh confident, sinar kebahagiaan mulai terpancar di setiap wajah yang ku kashi, syaqir, syahmi, kamarul dan cikgu!! ape yg lucu, dalam sidang tu, aku difahamkan bahawa markah aku & syahmi lbh krg utk jd best speaker, team mate aku. Allah i2 Maha Adil, kejayaan kali i2 benar2 menyemarakkan semangat ku. Sesi pergulungan aku lbh confident apabaila ku melihat 2 insan (senior aku di Maher) syawal n kua di penjuru bilik sidang i2 tersenyum dan memberi semanagt kpd aku sbg tanda beri semnagat..pencapain team lps tue mampu buat kami tersenyum. Cuma 1 aku xpuas hati,, time sidang kami bhadapan Sek. Tun Fatimah. Kami gov, dorg oppo. Usul " Ibu Bapa Punca Masalah disiplin Anak-anak " Pergulungan yang telah aku sampaikan tika i2 ku rasakan mampu mencantas segala hujah mereka. Terutama apabila 3rd speaker mereka kate ibu bapa hantar anak ke sekolah, tuisyen. i2 cukup menjaga saya kira "..lebih kurang demikian bicaranya. Aku telah menimbulkan kembali soal i2 dlm sesi pgulungan dgn " mghantar tnp memeriksa dan check sama ada anak2 i2 benar2 pg ke skolah, msuk ke klas, i2 x mmpu utk dbuktikan sbg mereka tlh mnjaga anak2, dan ank2 mereka bdisiplin. i2 1 kcuaian ibu bapa. sepatutnya ibu bpa kn bnar2 mmstikan khdran ank2 dlm klas bru btol" Kata2 i2 ckup menelopongkan pihak lawan dan aku perhatikan ketiga-tiga mereka tersenyum hambar dan ada yg ttunduk. Hadirin merangkap penyokong pihak lawan masing2 bbisik. Adakah aku tlanjur kata tika i2??Puas aku memikirkan namun tatkala mata ini memandang wajah suci cikgu n tulusnya pandangan syakir dan betapa ikhlasnya senyuman mereka i2, sudah cukup utk menyalurkan keyakinan dlm diri sy.. Sy meneruskan bicara dgn lancar. Ketika menunggu keputusan juri, hati ini rs laen mcm je, rs cm xsdp je..team mate ngn ckgu aku smua tsenyum seolah2 yakin kami bakal menang tika i2. Kegusaran juga dapat dilihat pada wajah guru pengiring pihak lawan. Tapi time 2 lawak jgk, dorg ingt aku form 2..haha,lucu ..Kami sama2 ktawa time 2,,tp dlm bborak 2, aku rsakan snyuman aku paling hambar..aku seolah-olah dpt mengesan s1 yg buruk. Kami dipanggil oleh juri..
kritikan yg msh segar dlm ingatan ini, "Awk mmpu kesan ksilapan pihak lawan tp silapnya hujah i2 dtg pd sesei pgulungan. Sepatutnya ia timbul dr awal. scr logiknya,,mmg la, sbb aku cantas hjh 3rd speaker dorg, lps dgr hjah dye, bru bleh aku bidas.Tp benar jg, spatotnya isu i2 jd slh 1 hjh pwaikilan kami sedari awal.haha..usul pd hari 2 ditolak. tp ckg cakap xpe, kamu kalah bmaruah! ya betol,, aku tenung mata pihak lwan setelah kepu2san diumumkan. dr lirikan mata, aku dpt baca sgalenya..haha..xpe la.org ckp, xde rezki.kn?? Tp kalah-menang dah mgajar aku utk kuat dan trus bjuang dlm dunia bahas. Aku hepy sgt..thanx syaqil, kamarul,syahmi..lov u all

Saturday, January 30, 2010

Bahas


Aku bersyukur kerana masyarakat hari ini seolah-olah menyedari kebaikan yang mampu diperoleh apabila menyertai pertandingan bahas. Buktinya, semakin kerap pertandingan ini dianjurkan oleh pelbagai pihak. Aku teringat bagai mana diri ini menjejakkan kaki dalam dunia bahas. dDulu, aku sering fikirkan bagaimana mampu pelajar-pelajar itu berbicara dengan lancar di hadapan khalayak ramai (ada juga tidak melihat langsung kertas yang terdapat di mejanya) hati ini kagum..kaagum melihat kurniaan Allah terhadap mereka.Aku merupakan antara pelajar yang paling bersemangat untuk menyaksikan pertandingan bahas tatkala ia diadakan di sekolah ku dahulu, sekolah yang banyak mengajar aku erti kehidupan, SMK Dato' Ahmad Maher, Syukur.. Ketika aku di tingkatan 3, aku dikejutkan dengan 1 pengumuman oleh Pemimpin Pelajar yang mempengerusikan perhimpunan pada suatu pagi di sekolah itu. Pengumuman yang amat memeranjatkan jiwa, dan diri ini tidak pernah terfikir akan sama-sama bekerjasama dalam 1 pasukan bahas sekolah. "Nurul Athirah Zulkifli".. aku antara nama yang tersenarai..Aku mengucap beberapa kali,bertanya teman-teman di sebelah, bimbang kalau-kalau tersilap dengar. Nak dipendekkan cerita, di SMK Dato' Ahmad Maher ini aku mula mencuba nasib dalam bidang perbahasan. Ia seolah-olah telah menjadi landasan kepada aku untuk melatih diri berkata-kata dengan lancar,spontan, di depan khalayak ramai. Syukur ke hadrat Allah s.w.t

Namun, setelah aku di tingkatan 4, aku merasakan jemu untuk menyertai pasukan bahas. Diri ini seolah-olah sudah letih. aku menolak tawaran untuk ke 1 bengkel di KL. Bermula lah suasana pengcen ku..haha



Apabila aku berhijrah ke MRSM Jeli, aku memulakan kembali penglibatan ku selaku seorang pembahas. Semudah itu?? Tidak sebenarnya. Pada awalnya, aku tekad untuk tidak menyertai bahas, namun beberapa minggu kemudian aku dipanggil oleh Cikgu Zaki(Guru J.Bahasa) Beliau mempelawa aku untuk ke Inter School Debate Uia..Puas aku menolak,,namun daya tarikan untuk pergi lebih kuat aku kira. Tambahan pula, teman-teman menyokong agar aku pergi. Hanya hati ini yang lebih mengerti sebab aku menolak. Namun, akhirnya, aku mengalah. Berjuang Bersama Syaqir, Syahmi, Kamarul amat menyeronokkan, di UIA, aku mulakan semangat baru. Semangat untuk berbahas yang tidak pernah ku rasakan dulu. Tq. Pasukan bahas yang sangat bersemangat dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Alhamdulillah,, walaupun kami sedar pertandingan di sana amat sengit, namun tidak pernah kami berputus asa, walaupun kecundang,,hehe..semua itu merupakan pengalaman yang amat bermakana.

Sem ke-2, aku berpindah ke MRSM PC. Tapi aku tidak menyertai mana-mana pertandinagn ketika di tingkatan 4. Tingkatan 5 baru lah aku mula. Memegang tampuk 3rd speaker. Cemas juga aku dibuatnya. Pasukan baru aku
1st speaker Nana
2nd speaker nadia
3rd speaker athirah

Bemula perjuangan ku!! kami ke UM, Petandingan Bahas Kepenggunaan dan Alhamdulillah kami muncul juara-pertandingan pertama aku bersama pasukan baru
Seterusnya kami ke Inter MRSM Debate yang berlangsung di MRSM Bentong.Banyak pengalaman yang tidak ternilai telah kami lalui bersama di sana. Kenangan indah!!

...Maaf terpakasa berhenti di sini....Insya Allah jika aku berpeluang, akan ku kongsikan apa yang sesuai nanti

Friday, January 29, 2010

SeCrEt 11

Afghanistan has 11 letters

New York City has 11 letters, the 11th state

Ramsin Yuseb has 11 letters (the terrorist)

George W Bush has 11 letters

The first plane crashing against the Twin Towers was flight number 11

Flight 11 was carrying 92 passengers..try to sum>> 9 + 2 = 11

The tragedy was on September 11 as it is known.. 9+1+1=11

September 11 is day number 254 calender year… 2+5+4=11

To confirm whether it could be mere coincidence ,,try to do this

Open Microsoft Word

1. Type in capitals Q33 NY..(the flight no. of the 1st plane to hit one of the Twin Towers)

2. Highlight them

3. Change to FONT size 48

4. Change to font WINGDINGS (see wat gonna appear on your desktop) hehe

Thursday, January 28, 2010

chef sambilan :p

haha,,td aku blajar wat kuih tradisional..Abuk-abuk..simple & sedap..
kui3..

Interaksi Berkesan

baru-baru ini,,sy terserempak dengan kenalan lama yang suatu ketika dahulu pernah menuntut ilmu di sebuah sekolah yang cukup terkenal di bandar kota bharu..Alhamdulillah,,kami bertanya khabar,,mengimbau kenangan ketika bergelar pelajar sekolah menengah..
Namun,apa yang telah menimbulkan kesedaran kepada saya,ketika berbicara terutama dengan kenalan lama yang sudah lama kita tidak bersua,,kita sewjarnya pandai berborak (memastikan topik yang sesuai dan selesa) Saya suka untuk berkongsi tips dalam situasi ini..
jika keadaan sedemikian berlaku,,cuba berborak tentang sesuatu yang mengembirakan dan elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif,pergaduhan dan sebagainya kerana ini mungkin bakal menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.
Ape2 pon,,always make them happy..Kadangkala sesetengah orang suka apabila dilayan baik namun dia tidak pandai nak layan orang dengan sebaik mungkin,,maybe dah cuba,,tp kurang berjaya..mereka mungkin juga tidak tahu cara komunikasi yang betul..Saya ingin cuba berkongsi tentang tips komunikasi yang betul..ini,,Alhamdulillah saya dapat dalam suatu majlis ilmu di HUSM baru-baru ini.
Cara nak berinteraksi dengan masyarakat dan membuat mereka mudah sahaja..

  • tanya khabar mereka & sedia mendengar (jadi pendengar yang baik)
  • teknik puji / kritik..seeloknya kita lemparkan pujian yang ikhlas supaya mereka lebih selesa
  • elakkan menyentuh isu peribadi mereka..mungkin mereka xsuka..siapa tahu..hehe
  • cuba tanya soalan-soalan yang lebih terbuka..( apa yang mereka buat,,kerja dll)
  • yang paling penting,,ingat nama mereka,,kalau bagi perempuan,mudah saya kira sbb sesetengah org membahaskan diri mereka dengan nama..so kalo x ingat,,kita alert la,,kot2 ada dye sbut nama nyer..hehe.. eg,,sya,za,bah,dia,nana dll)
haha..dats all..hope u all gain somtg from this ya!! :)

kekesalan

Saya percaya ramai di kalangan kita yang menonton acara yg dikatakan gilang-gemilang bagi muzik tanah air baru2 ini,,ape lagi kalau bukan AJL..Saya tertarik dengan berita yang disiarkan dalam akhbar beberapa hari berikutnya mengenai konsep majlis tersebut yang telah menyamai 1 ajran/bawaan baru oleh sekelompok puak yg lbh dikenali sbg ajaran illuminati..>kalau xsilap..Alhamdulillah,,ada insan yang berjaya kongsikan pengetahuan yang diperoleh kepada kita di Malaysia..Kalau tidak,,sudah pasti masyarakat kita tidak akan menyedari perkara ini..Dasyat.Mungkin ada benar ini adalah diluar perancangan pihak terlibat..tapi dari sini,,telah terbukti pengaruh ini telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran orang kita di luar kesedaran kita..Pengaruh dari Barat seolah-olah bagaikan air sabun dan masyarakat kita bagaikan span..logik saya analogikan sedemikian kerana kita bagaikan menyerap banyak unsur Barat sampai kadangkala kita tidak timbangkan baik-buruknya terlebih dahulu..Sy amat berharap agar perkara ini dijadikan pengajaran kepada kita semua dan tidak lagi berulang..Insya Allah