BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Bahas


Aku bersyukur kerana masyarakat hari ini seolah-olah menyedari kebaikan yang mampu diperoleh apabila menyertai pertandingan bahas. Buktinya, semakin kerap pertandingan ini dianjurkan oleh pelbagai pihak. Aku teringat bagai mana diri ini menjejakkan kaki dalam dunia bahas. dDulu, aku sering fikirkan bagaimana mampu pelajar-pelajar itu berbicara dengan lancar di hadapan khalayak ramai (ada juga tidak melihat langsung kertas yang terdapat di mejanya) hati ini kagum..kaagum melihat kurniaan Allah terhadap mereka.Aku merupakan antara pelajar yang paling bersemangat untuk menyaksikan pertandingan bahas tatkala ia diadakan di sekolah ku dahulu, sekolah yang banyak mengajar aku erti kehidupan, SMK Dato' Ahmad Maher, Syukur.. Ketika aku di tingkatan 3, aku dikejutkan dengan 1 pengumuman oleh Pemimpin Pelajar yang mempengerusikan perhimpunan pada suatu pagi di sekolah itu. Pengumuman yang amat memeranjatkan jiwa, dan diri ini tidak pernah terfikir akan sama-sama bekerjasama dalam 1 pasukan bahas sekolah. "Nurul Athirah Zulkifli".. aku antara nama yang tersenarai..Aku mengucap beberapa kali,bertanya teman-teman di sebelah, bimbang kalau-kalau tersilap dengar. Nak dipendekkan cerita, di SMK Dato' Ahmad Maher ini aku mula mencuba nasib dalam bidang perbahasan. Ia seolah-olah telah menjadi landasan kepada aku untuk melatih diri berkata-kata dengan lancar,spontan, di depan khalayak ramai. Syukur ke hadrat Allah s.w.t

Namun, setelah aku di tingkatan 4, aku merasakan jemu untuk menyertai pasukan bahas. Diri ini seolah-olah sudah letih. aku menolak tawaran untuk ke 1 bengkel di KL. Bermula lah suasana pengcen ku..haha



Apabila aku berhijrah ke MRSM Jeli, aku memulakan kembali penglibatan ku selaku seorang pembahas. Semudah itu?? Tidak sebenarnya. Pada awalnya, aku tekad untuk tidak menyertai bahas, namun beberapa minggu kemudian aku dipanggil oleh Cikgu Zaki(Guru J.Bahasa) Beliau mempelawa aku untuk ke Inter School Debate Uia..Puas aku menolak,,namun daya tarikan untuk pergi lebih kuat aku kira. Tambahan pula, teman-teman menyokong agar aku pergi. Hanya hati ini yang lebih mengerti sebab aku menolak. Namun, akhirnya, aku mengalah. Berjuang Bersama Syaqir, Syahmi, Kamarul amat menyeronokkan, di UIA, aku mulakan semangat baru. Semangat untuk berbahas yang tidak pernah ku rasakan dulu. Tq. Pasukan bahas yang sangat bersemangat dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Alhamdulillah,, walaupun kami sedar pertandingan di sana amat sengit, namun tidak pernah kami berputus asa, walaupun kecundang,,hehe..semua itu merupakan pengalaman yang amat bermakana.

Sem ke-2, aku berpindah ke MRSM PC. Tapi aku tidak menyertai mana-mana pertandinagn ketika di tingkatan 4. Tingkatan 5 baru lah aku mula. Memegang tampuk 3rd speaker. Cemas juga aku dibuatnya. Pasukan baru aku
1st speaker Nana
2nd speaker nadia
3rd speaker athirah

Bemula perjuangan ku!! kami ke UM, Petandingan Bahas Kepenggunaan dan Alhamdulillah kami muncul juara-pertandingan pertama aku bersama pasukan baru
Seterusnya kami ke Inter MRSM Debate yang berlangsung di MRSM Bentong.Banyak pengalaman yang tidak ternilai telah kami lalui bersama di sana. Kenangan indah!!

...Maaf terpakasa berhenti di sini....Insya Allah jika aku berpeluang, akan ku kongsikan apa yang sesuai nanti

Friday, January 29, 2010

SeCrEt 11

Afghanistan has 11 letters

New York City has 11 letters, the 11th state

Ramsin Yuseb has 11 letters (the terrorist)

George W Bush has 11 letters

The first plane crashing against the Twin Towers was flight number 11

Flight 11 was carrying 92 passengers..try to sum>> 9 + 2 = 11

The tragedy was on September 11 as it is known.. 9+1+1=11

September 11 is day number 254 calender year… 2+5+4=11

To confirm whether it could be mere coincidence ,,try to do this

Open Microsoft Word

1. Type in capitals Q33 NY..(the flight no. of the 1st plane to hit one of the Twin Towers)

2. Highlight them

3. Change to FONT size 48

4. Change to font WINGDINGS (see wat gonna appear on your desktop) hehe

Thursday, January 28, 2010

chef sambilan :p

haha,,td aku blajar wat kuih tradisional..Abuk-abuk..simple & sedap..
kui3..

Interaksi Berkesan

baru-baru ini,,sy terserempak dengan kenalan lama yang suatu ketika dahulu pernah menuntut ilmu di sebuah sekolah yang cukup terkenal di bandar kota bharu..Alhamdulillah,,kami bertanya khabar,,mengimbau kenangan ketika bergelar pelajar sekolah menengah..
Namun,apa yang telah menimbulkan kesedaran kepada saya,ketika berbicara terutama dengan kenalan lama yang sudah lama kita tidak bersua,,kita sewjarnya pandai berborak (memastikan topik yang sesuai dan selesa) Saya suka untuk berkongsi tips dalam situasi ini..
jika keadaan sedemikian berlaku,,cuba berborak tentang sesuatu yang mengembirakan dan elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif,pergaduhan dan sebagainya kerana ini mungkin bakal menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.
Ape2 pon,,always make them happy..Kadangkala sesetengah orang suka apabila dilayan baik namun dia tidak pandai nak layan orang dengan sebaik mungkin,,maybe dah cuba,,tp kurang berjaya..mereka mungkin juga tidak tahu cara komunikasi yang betul..Saya ingin cuba berkongsi tentang tips komunikasi yang betul..ini,,Alhamdulillah saya dapat dalam suatu majlis ilmu di HUSM baru-baru ini.
Cara nak berinteraksi dengan masyarakat dan membuat mereka mudah sahaja..

  • tanya khabar mereka & sedia mendengar (jadi pendengar yang baik)
  • teknik puji / kritik..seeloknya kita lemparkan pujian yang ikhlas supaya mereka lebih selesa
  • elakkan menyentuh isu peribadi mereka..mungkin mereka xsuka..siapa tahu..hehe
  • cuba tanya soalan-soalan yang lebih terbuka..( apa yang mereka buat,,kerja dll)
  • yang paling penting,,ingat nama mereka,,kalau bagi perempuan,mudah saya kira sbb sesetengah org membahaskan diri mereka dengan nama..so kalo x ingat,,kita alert la,,kot2 ada dye sbut nama nyer..hehe.. eg,,sya,za,bah,dia,nana dll)
haha..dats all..hope u all gain somtg from this ya!! :)

kekesalan

Saya percaya ramai di kalangan kita yang menonton acara yg dikatakan gilang-gemilang bagi muzik tanah air baru2 ini,,ape lagi kalau bukan AJL..Saya tertarik dengan berita yang disiarkan dalam akhbar beberapa hari berikutnya mengenai konsep majlis tersebut yang telah menyamai 1 ajran/bawaan baru oleh sekelompok puak yg lbh dikenali sbg ajaran illuminati..>kalau xsilap..Alhamdulillah,,ada insan yang berjaya kongsikan pengetahuan yang diperoleh kepada kita di Malaysia..Kalau tidak,,sudah pasti masyarakat kita tidak akan menyedari perkara ini..Dasyat.Mungkin ada benar ini adalah diluar perancangan pihak terlibat..tapi dari sini,,telah terbukti pengaruh ini telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran orang kita di luar kesedaran kita..Pengaruh dari Barat seolah-olah bagaikan air sabun dan masyarakat kita bagaikan span..logik saya analogikan sedemikian kerana kita bagaikan menyerap banyak unsur Barat sampai kadangkala kita tidak timbangkan baik-buruknya terlebih dahulu..Sy amat berharap agar perkara ini dijadikan pengajaran kepada kita semua dan tidak lagi berulang..Insya Allah