BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 14, 2010






fazreen & hazirah
wanita dan shopping sememangnya tidak boleh dipisahkan.. bercerita perihal diri sendiri..sy juga gemar shopim..kdg2,,time tense sy kua,,p window shopim pn da ok..tp biasa akn beli jgk bnda..haha..n pling bez ble shopim, dpt member yg 1 kpala,xksah pusim2 1 mall, msuk kuar kdai 2 kdai ni.. 2 yg bez sgt2..

Wednesday, April 7, 2010


For more widgets please visit www.yourminis.com

Monday, April 5, 2010

pendidikan seks di sekolah penghalang zina??


hari ini, kita bagaikan sudah kering air mata apabila membaca berita pembuangan bayi di dada2 akhbar n tv. Setiap hari ada sahaja berita bayi di buang di dalam tong sampah, kolam ikan dan sebagainya. Dimana kesedaran sivik masyarakat kita? Seolah-olah "golongan yang membuat onar" itu tidak lagi mempunyai sifat keperimanusiaan. Masakan sanggup bayi yang baru membuka mata melihat dunia itu diperlaku sedemikian rupa..Masya Allah..
Menurut Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, ada anak muda terutama gadis tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan dengan pelbagai implikasi jika meakukan hubungan intim.
Tapi saya kira pelajar sekarang sudah terlalu matang untuk perkara sedemikian. Zaman sudah berubah. Tambahan pula, pelajar tahun 1 sekarang pun sudah mula belajar subjek sains. Setakat nak menerangkan "hubungan" boleh membuat wanita hamil, rasanya tidak perlu diadakan subjek khas. Perkara ini sudah pun dijeaskan secara langsung dalam mata pelajaran sains yang diajarkan di sekolah. Semua itu sudah cukup memberi kefahaman kepada kita semua. Cuma mungkin ada yang tidak berfikiran jauh, tersasar untuk mencuba dan meneroka sesuatu yang baru, lalu "padah" menimpa. Alam remaja penuh godaan, terpulang kepada individu untuk mengatasi segalanya. Kalau sekadar ikutkan hawa nafsu, alamatnya "habislah"..
Kalau benar yang dihamilkan dan membuang bayi itu pelajar sekolah, pendidikan seks dalam kurikulum bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian bagi masalah ini. Apa yang perlu diberi perhatian ialah pendidikan agama islam atau pendidikan moral. Pelajaran agama Islam seharusnya tidak sekadar mengajar murid menghafal doa dsb tapi ia harus mempunyai perkara-perkara yang dapat membentuk insan mulia. Pengisian dan pendekatan ia perlu selaras dengan cabaran hari ini. Islam akan memahamkan manusia terhadap semua perkara termasuk seks....

Sunday, April 4, 2010