BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 6, 2010

pembelajaran sepanjang hayat



Cabaran terbesar bagi negara kita pada hari ini adalah pembangunan modal insan dan anjakan minda serta daya berfikir masyarakat. Tambahan pula , rakyat merupakan aset negara yang paling bernilai. Pembangunan modal insan merupakan sesuatu yang perlu diambil berat untuk melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan dan melihat kemajuan negara. Persoalannya, bagaimanakah pendekatan yang wajar diambil dalam proses pembangunan modal insan? Dalam situasi ini, pendekatan secara holistik ( bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sitem bersepadu yang menyeluruh) dan penekanan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan perlu diambil kira.

Sistem pembelajaran sepanjang hayat perlu diambil perhatian oleh seluruh masyarakat agar kualiti hidup dapat ditingkatkan. Usaha ini juga secara tidak langsung bakal melahirkan masyarakat yang lebih berpengetahuan. Sistem ini mampu mengubah kehidupan masyarakat melahirkan masyarakat yang lebih kompetitif.

Sistem pendidikan sepanjang hayat ini sebenarnya merupakan suatu ruang terbuka kepada masyarakat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sistem ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu formal dan tidak formal. Program berbentuk formal adalah program yang ditawarkankan oleh institusi pendidika dan universiti serta kolej. Kebiasaannya program yang disajikan berbentuk sambilan contohnya diploma, ijazah pertama, sarjana sehinggalah doctor falsafah (PhD). Kalau pembelajaran tidak formal pula mungkin sesuatu program atau kursus yang dijalankan oleh badan-badan tertentu seperti NGO ataupun mana-mana syarikat. Peserta kebiasaannya akan diberikan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan melalui program yang telah dijalankan.

0 comments: