BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Bahas


Aku bersyukur kerana masyarakat hari ini seolah-olah menyedari kebaikan yang mampu diperoleh apabila menyertai pertandingan bahas. Buktinya, semakin kerap pertandingan ini dianjurkan oleh pelbagai pihak. Aku teringat bagai mana diri ini menjejakkan kaki dalam dunia bahas. dDulu, aku sering fikirkan bagaimana mampu pelajar-pelajar itu berbicara dengan lancar di hadapan khalayak ramai (ada juga tidak melihat langsung kertas yang terdapat di mejanya) hati ini kagum..kaagum melihat kurniaan Allah terhadap mereka.Aku merupakan antara pelajar yang paling bersemangat untuk menyaksikan pertandingan bahas tatkala ia diadakan di sekolah ku dahulu, sekolah yang banyak mengajar aku erti kehidupan, SMK Dato' Ahmad Maher, Syukur.. Ketika aku di tingkatan 3, aku dikejutkan dengan 1 pengumuman oleh Pemimpin Pelajar yang mempengerusikan perhimpunan pada suatu pagi di sekolah itu. Pengumuman yang amat memeranjatkan jiwa, dan diri ini tidak pernah terfikir akan sama-sama bekerjasama dalam 1 pasukan bahas sekolah. "Nurul Athirah Zulkifli".. aku antara nama yang tersenarai..Aku mengucap beberapa kali,bertanya teman-teman di sebelah, bimbang kalau-kalau tersilap dengar. Nak dipendekkan cerita, di SMK Dato' Ahmad Maher ini aku mula mencuba nasib dalam bidang perbahasan. Ia seolah-olah telah menjadi landasan kepada aku untuk melatih diri berkata-kata dengan lancar,spontan, di depan khalayak ramai. Syukur ke hadrat Allah s.w.t

Namun, setelah aku di tingkatan 4, aku merasakan jemu untuk menyertai pasukan bahas. Diri ini seolah-olah sudah letih. aku menolak tawaran untuk ke 1 bengkel di KL. Bermula lah suasana pengcen ku..haha



Apabila aku berhijrah ke MRSM Jeli, aku memulakan kembali penglibatan ku selaku seorang pembahas. Semudah itu?? Tidak sebenarnya. Pada awalnya, aku tekad untuk tidak menyertai bahas, namun beberapa minggu kemudian aku dipanggil oleh Cikgu Zaki(Guru J.Bahasa) Beliau mempelawa aku untuk ke Inter School Debate Uia..Puas aku menolak,,namun daya tarikan untuk pergi lebih kuat aku kira. Tambahan pula, teman-teman menyokong agar aku pergi. Hanya hati ini yang lebih mengerti sebab aku menolak. Namun, akhirnya, aku mengalah. Berjuang Bersama Syaqir, Syahmi, Kamarul amat menyeronokkan, di UIA, aku mulakan semangat baru. Semangat untuk berbahas yang tidak pernah ku rasakan dulu. Tq. Pasukan bahas yang sangat bersemangat dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Alhamdulillah,, walaupun kami sedar pertandingan di sana amat sengit, namun tidak pernah kami berputus asa, walaupun kecundang,,hehe..semua itu merupakan pengalaman yang amat bermakana.

Sem ke-2, aku berpindah ke MRSM PC. Tapi aku tidak menyertai mana-mana pertandinagn ketika di tingkatan 4. Tingkatan 5 baru lah aku mula. Memegang tampuk 3rd speaker. Cemas juga aku dibuatnya. Pasukan baru aku
1st speaker Nana
2nd speaker nadia
3rd speaker athirah

Bemula perjuangan ku!! kami ke UM, Petandingan Bahas Kepenggunaan dan Alhamdulillah kami muncul juara-pertandingan pertama aku bersama pasukan baru
Seterusnya kami ke Inter MRSM Debate yang berlangsung di MRSM Bentong.Banyak pengalaman yang tidak ternilai telah kami lalui bersama di sana. Kenangan indah!!

...Maaf terpakasa berhenti di sini....Insya Allah jika aku berpeluang, akan ku kongsikan apa yang sesuai nanti

0 comments: